Friday, February 25, 2005,2:20:00 AM
Setulus Kasih Nya
Kasih dan sayang, lumrah kehidupan. Februari ini, seolah-olah seluruh penduduk dunia meraikan suatu tarikh yang diiktiraf sebagai Hari Kekasih, suatu sambutan yang tidak pernah wujud dalam kalendar masyarakat timur dan paling penting kalendar penganut agama Islam. Namun, memang Allah menciptakan manusia untuk saling sayang menyayangi dan cinta itu bermula sejak manusia itu mula diciptakan oleh Allah menggunakan tujuh jenis tanah yang berbeza dari seluruh pelosok alam semesta. Cinta itu indah dan kerana cinta juga umat manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya. Kerana cinta jugalah termaktub dalam sejarah manusia bahawa pembunuh pertama adalah Qabil yang meragut nyawa makhluk Allah kerana kedegilannya yang didorong rasa cinta terhadap kembar perempuannya sendiri. Habil pula menjadi manusia yang pertama sekali meninggal dunia dan jasad manusia yang pertama dikebumikan di atas muka bumi Allah adalah jasadnya yang berlumuran darah. Walaupun apapun cinta didefinisikan, cinta yang sebenar adalah cinta kepada Nya dan cinta itulah yang kekal abadi buat selama-lamanya.

Siti Nurhaliza


Dialah di Hati

Bisikan sang bayu membawa perkhabaran
dongengan yang sama dicanang berulang

mengapakah diri dijadikan sasaran
sekilas pandangan pelbagai andaian
sungguh terkilan

seumpama naskah yang terbuka
sesungguhnya tiada rahsia
bacalah
kenalilah
dengan bijaksana
siapa aku yang sebenar

kendati selautan segunung
permata di kanan dan kiri
selagi jantungku berdegup hingga
tiba saat terhenti
dialah di hati

tiada pilihan kedua
pertama hingga akhir usia
hanya dia

tiada rahsia lagi
usah bertanya berteka teki
cinta yang abadi cintaku yang suci di hati
- Siti Nurhaliza -
 
posted by Ahmad Kamarulzaman ¤ Permalink ¤ 0 comments