Saturday, June 25, 2005,5:20:00 AM
19 - Aku Tetap Aku
Penantian berakhir dan kini Beta mula menjengah. Minggu-minggu awal tampak menarik. Tidak tahu pula apa yang bakal menerjah selepas ini. Pelbagai pertanyaan bermain di minda. Baikkah tenaga pengajarnya? Subjeknya membosankan? Teruja? Keputusan yang diketahui beberapa hari sebelum pulang ke Cyberjaya agak mengecewakan. Turun 0.01. Sedih sungguh. Sudahlah tidak tinggi, menurun pula. Kalau di Alpha dengan keputusan sebegitu, Beta bagaimana? Tinggal di hostel agak selesa. Syukur diberikan bilik yang agak besar. Teman sebilik pun cukup baik. Maka, perjalanan Beta diharap akan membahagiakan.

Alhamdulillah, genap 19 tahun diri ini merasai nikmat kehidupan. 19 tahun sudah berlalu dan kehidupan ini akan terus gemersik berlagu. Kadang kala berbisik di dalam kalbu, benarkah 19 tahun ini cukup mendewasakan? Seperti apa yang telah dilalui tidak setimpal usia semuda ini. Maklumlah, menjadi seorang yang tidak sempurna. Tidak sempurna? Tidak sempurna dari segi apa? Amat sukar meluahkan perkataan itu. Tidak sempurna dari segi apa? Dan pertanyaan itu datang lagi bertalu-talu. Mungkin dunia sudah patut tahu. Tidak sempurna dari segi apa? Ya, tidak sempurna kelelakiannya. Lelaki? Lelaki tidak sempurna? Dan seluruh dunia memandang dengan kejam. Terus tertawa dan menghina. Mengapa? Begitulah getirnya 19 tahun perjalanan ini. Namun, mengapa diluahkan ketika 19 tahun, diri ini masih tercari-cari jawapannya. 19 tahun lebih mematangkan diri ini. Lebih terbuka. Bijak memberi dan menerima. Hati-hati itu pasti, tetapi tidak serahsia dahulu. Namun, rahsia tetap rahsia. Seperti biasa, hari lahir tidak disambut dengan meriah. Sekadar makan sekeluarga dengan doa selamat dan kali ini kami makan di Hassan Café. Jauh dari rumah. Mengapa tidak meriah? Umur sekadar angka. Tiada apa yang dapat mengubahnya. Hidup terus hidup. Menanti denyutan nadi terahkir. Kini, menunggu 20 tahun.

Siti Nurhaliza


Cahaya Seribu Liku

Berlari aku mengejar mimpiku
dikelilingi indah warna cerita palsu
ku sangka sinar menyebelahiku
namun cahaya itu ditutup seribu liku

kini tak mungkin
ku dipermainkan lagi
oleh mereka

satu jadi bingung
dua tak tertanggung
kembali ku renung

angin pun menyeru
lupakan yang dulu
bintang pun setuju
untuk menemaniku

sampailah kini pada suatu waktu
ku berhadapan dengan satu fenomena baru
ku tahu arah nak tuju
jangan cuba untuk mempengaruhi ku

angin pun menyeru
lupakan yang dulu
bintang pun setuju
untuk menemaniku
-Siti Nurhaliza-
 
posted by Ahmad Kamarulzaman ¤ Permalink ¤


0 Comments: