Wednesday, May 25, 2005,2:20:00 AM
B.O.S.A.N & T.E.R.U.J.A
Adakalanya, cuti yang panjang tidak membawa manfaat yang banyak. Masa hanya dihabiskan di rumah dengan tidur dan juga menonton tv. Tidak banyak yang dapat dilakukan selain sekali sekala keluar rumah menjengah Bandar Melaka yang indah penuh bersejarah itu. Cuti memang cukup membosankan. Tetapi, kalau waktu sibuk dengan assignment, cuti sahaja yang selalu difikirkan. Tambahan pula cuti kali ini rumah sedang diubahsuai. Kusut juga fikiran. Namun, mahu buat bagaimana lagi, terpaksa diredah juga.

Anugerah Industri Muzik ke 12

Hujung bulan lalu, Anugerah Industri Muzik ke 12 telah berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC. Nampak meriah dan juga tiada masalah teknikal. Semakin matang nampaknya penganjur anugerah muzik yang paling mendapat perhatian ini. Siti Nurhaliza telah dicalonkan untuk lapan tempat dalam lima kategori. Hasilnya Siti membawa pulang dua trofi iaitu Persembahan Vokal Wanita di Dalam Album Terbaik (tujuh kali berturut-turut sejak tahun 1999) untuk album Prasasti Seni dan Susunan Muzik di Dalam Lagu Terbaik (tiga kali berturut-turut sejak 2003) untuk lagu Seindah Biasa. Siti turut diisytiharkan pemenang bagi Anugerah Kembara yang merupakan kemenangan kali ketiga dalam kategori khas itu sejak tahun 2000 dan juga tahun 2004. AIM 12 menyaksikan Ning Baizura bagaikan berada di puncak industri seni suara tanah air apabila membawa pulang empat trofi daripada kesemua enam pencalonan. Kebanyakkannya adalah kategori utama. Sememangnya lagu Awan Yang Terpilu adalah sebuah lagu yang begitu syahdu dan dihasilkan dengan begitu teliti. Tahinah buat Ning! Manakala kumpulan Spider turut memberi kejutan apabila mengungguli kategori Album Pop Rock Terbaik dan juga kategori kemuncak iaitu Album Terbaik. AIM masih boleh diperbaiki lagi dalam wadahnya yang ingin mengangkat martabat muzik negara. Semoga muzik Malaysia terus unggul dan disegani oleh seluruh warga dunia!

Akademi Fantasia 3

Seni muzik tanah air akan terus berwarna-warni dengan kemunculan rancangan realiti tv paling popular Malaysia iaitu Akademi Fantasia untuk musim yang ketiga. Kehangatannya semakin terasa dan sama-samalah kita nantikan wajah-wajah terbaru bakal pelajar-pelajar Akademi Fantasia akan dilahirkan sebagai bintang besar tidak lama lagi. Anda teruja? Dah terkena?
 
posted by Ahmad Kamarulzaman ¤ Permalink ¤


1 Comments: