Sunday, May 24, 2009,4:13:00 PM
Rindu
Lama gileeeeeeeeeee tak menulis!!!!!!! sabar ye blog nnti aku tulis atas ko~!
 
posted by Ahmad Kamarulzaman ¤ Permalink ¤ 1 comments
Monday, December 11, 2006,6:00:00 PM
Nama dalam Bahasa Perancis
Nama saya dalam Bahasa Perancis ialah:
Laurent Gautier
(Ahmad Kamarulzaman)
Apakah nama anda dalam Bahasa Perancis?
Sedapkah bunyi nama anda dalam Bahasa Perancis? Sama-samalah berkongsi nama anda di bahagian comment dan kita lihat nama siapa yang paling sedap!
 
posted by Ahmad Kamarulzaman ¤ Permalink ¤ 16 comments
Friday, September 15, 2006,2:00:00 AM
Selamat Pengantin Baru
Akhirnya saat-saat bahagia ratu seni suara pelosok nusantara bergelar isteri berjalan lancar. Bermula dengan majlis pertunangan dan akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan tanggal 21 Ogos lalu, Siti Nurhaliza kemudiannya meraikan detik-detik indah perkahwinan beliau dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa dengan lebih 2000 orang tetamu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Majlis persandingan di dalam taman yang mempesonakan itu berlangsung hampir tiga jam dengan kehadiran artis-artis terkenal tanah air dan seberang dan juga tetamu-tetamu diraja. Majlis persandingan ini umpama suatu majlis penuh angan-angan yang terapung di awangan dengan liputan secara langsung oleh stesen tv nombor satu negara TV3 menjadikan majlis ini sebagai yang terhangat sepanjang bulan dengan 6.4 juta penonton.
bersambung...
 
posted by Ahmad Kamarulzaman ¤ Permalink ¤ 1 comments
Sunday, September 10, 2006,2:00:00 AM
Dunia Baru
Camping? Alahai bosannya! Tetapi mahu tidak mahu kena pergi juga. Susah betullah macam ini. Aku mengemas pakaian dengan rasa sebal. Kepala tidak henti-henti berfikir, entah kena panjat gunung ke? Berenang rentas jeram ke? Kena panjat pokok ke? Haih, macam-macamlah! Camping di Sungai Congkak, Ulu Langat. Tidaklah jauh sangat, kira-kira satu jam perjalanan darat dari MMU. Camping kami di Ecotouria Resort. Khemah sudah siap pasang. Jadi kami cuma kemas-kemas apa yang patut sahaja. Petang itu kami ada obstacle. Hah?! Habislah. Aku berpasangan dengan Neesa untuk obstacle itu. Tidaklah susah sangat. Otak ini yang sengaja fikir yang bukan-bukan. Malam itu pula kami ada night walk dan solo night drop. Hah?! Apakah? Maka dengan ayat-ayat pendinding dan segala doa yang telah dibaca, masuklah kami merentas hutan malam-malam buta. Apa yang sangat-sangat buat aku gembira ialah dapat melihat dengan jelas sinar kelip-kelip dalam pekat malam itu. Wah, macam iklan TNB lah pula! Bahagia sungguh apabila terasa begitu dekat dengan alam ciptaan Allah. Aku mula rasa seronok dengan camping ini. Jauh kami berjalan. Keluar masuk hutan. Lalu jalan raya kampong. Masuk hutan semula. Naik bukit yang penuh lecak menuju ke puncak. Tetapi tiba-tiba, ‘Hish, apsal tak gerak-gerak ni…Nak naik kebas kaki aku ni…kita dah lah dekat curam bukit ni’. ‘Entah le, orang depan tu yang tak gerak-gerak.’. Tiba-tiba terdengar pesanan daripada budak-budak di hadapan bergilir-gilir sehingga menerpa jelas ke telinga ku. Hah?! Pokok tumbang?! Aduh! Terpaksa berpatah balik dan memanjat bukit yang satu lagi. Perkara yang sama berulang. Kami tersekat di tengah-tengah hutan hujan khatulistiwa pada jam 12.00 tengah malam! Berdiri selama lebih setengah jam di cerun bukit yang hampir 60 darjah curamnya! Bosan betul! Sempatlah borak-borak dengan Fezi yang ternyata juga tidak tahan dengan keadaan itu. Boleh juga dia ini borak dengan aku, dalam kelas sombong pula. Yelah, aku ini tidak style macam dia. Amin pun sudah tidak tahan lagi. Asyik mengomel sahaja mulut dia. Bart pun begitu. Tunggu punya tunggu, patutlah lama. Rupa-rupanya kami dilepaskan seorang demi seorang untuk berjalan sendiri hingga sampai ke resort. Hah?! Jalan seorang sahaja? Dalam hutan?! Malam yang pekat lagi gelap tidak berbulan ini?! Gilalah! Aku dengan hati-hati melangkah sendiri dalam hutan yang sangat gelap itu. Bagaimana kalau sesat? Bagaimana kalau kena culik dengan bunian? Aku tidak mahu mendapat liputan akhbar dan televisyen semata-mata kerana hilang di hutan. Kalau menang anugerah ke, penyelidikan terbaru yang mengagumkan ke, tidak mengapa juga. Aku redah lah juga hutan yang gelap, hitam lagi pekat itu. Seperti yang dijanjikan, aku, Amin, Fezi dan seorang lagi budak perempuan (lupa nama) bertemu di pertengahan jalan. Kami pun berjalan sama-sama sehingga keluar hutan. Tidak sangka aku boleh tidur nyenyak pada malam pertama dalam khemah yang panas dan berlantai tidak rata itu. Penat mungkin. Mungkin juga kerana tidurku ditemani deruan jeram di sungai yang begitu mendamaikan bunyinya. Bunyi yang tidak akan lenyap sehingga bumi menjengah kiamat. Pagi itu sangat tenang. Aku bangun disambut dengan titis-titis embun yang masih segar di hujung rumput, samar-samar bukit yang semulajadi, bukan angkara jerebu, dan udara yang segar lagi mendamaikan. Kami akan masuk hutan sekali lagi. Kali ini kami membawa telur ayam seorang sebiji, tiga batang buluh, dua bungkus maggi dan sebungkus roti untuk setiap kumpulan.
bersambung....
 
posted by Ahmad Kamarulzaman ¤ Permalink ¤ 1 comments
Friday, August 25, 2006,2:00:00 AM
Ogos yang Sangat Mencabar!
Ogos bulan yang sangat menyibukkan dan merisaukan. Kerisauan kian memuncak memandangkan majlis kian dekat. Festival Tari Piala Tun. Dr. Hasmah, Opening Ceremony MMU Convo Fest! 2006 dan Malam Pesona MMU 2006 meletakkan beban yang sangat berat di atas bahu kecilku. Namun, aku bersyukur kerana bekerja dalam satu kumpulan yang sangat serasi dan faham akan tugas masing-masing. Sebagai Event Coordinator yang penuh dengan angan-angan (kata mereka), aku sekadar memberikan idea untuk menjadikan majlis berkenaan tampak lebih menarik. Kalau tidak mahu terima idea aku pun, aku tidaklah sekisah mana. Cuma kecil hati sedikit sahaja (sikit je?). Walaupun diselubungi dengan pelbagai kontroversi, kami terus bekerja dengan penuh keazaman menjadikan ketiga-tiga acara berkenaan mencapai matlamatnya. En. Shah (Kaunselor MMU) banyak juga membantu dalam menjadikan segala perancangan menjadi kenyataan, walaupun 10 idea aku untuk gimik pembukaan ditolak mentah-mentah (kami disuruh berfikir dan mencari idea tetapi akhirnya beliau menggunakan idea sendiri). Suatu yang hebat ialah pentas MPH kali ini bertukar wajah, menjadi lagi berseri-seri. Dengan baget yang tidak seberapa, dapatlah juga kami menyuntik persekitaran baru untuk dewan serbaguna yang kecil itu. Rasa-rasanya setelah hampir tiga tahun di MMU dan terlibat dengan macam-macam majlis, pengalaman kali ini adalah yang paling besar. Selain memikul tanggungjawab tinggi, pelbagai masalah yang timbul buat aku makin belajar dan faham tentang dunia sebenar. Peristiwa tiga bunting kami hilang dicuri orang ketika kami belum habis proses menggantung sangat-sangat menguji kesabaran. Mana tidaknya, kami belum pun habis gantung semua bunting dan dalam perjalanan pulang sudah hilang! Ada juga manusia yang macam ini dalam dunia yang serba moden kini. Aku juga belajar, kadang-kala kita tidak boleh terlalu berharap pada orang lain walaupun kawan sendiri. Bukan hendak buruk sangka tetapi memang buktinya di depan mata! Ah, pengalaman! Alhamdulillah, ketiga-tiga acara berlangsung dengan jayanya. Cuma terselit sedikit kelam-kabut pada pengurusan Festival Tari Piala Tun Dr. Siti Hasmah. Namun acara pada malamnya sungguh gilang-gemilang. Dengan kehadiran penonton yang sangat ramai sehingga tidak tertampung oleh dewan sekecil MPH memang menambah kecut perut aku. Ditambah pula dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat seperti Canselor MMU sendiri, Tun. Dr. Siti Hasmah dan beberapa wakil daripada pihak penaja semakin membuat aku tidak selesa. Tekak aku jadi loya sebab terlalu gementar. Sebagai floor manager, apa-apa sahaja cacat cela pastinya beratus-ratus jari telunjuk (atau mungkin juga jari hantu) akan menghala ke arah aku. En. Shah banyak menenangkan aku. Aku tahu muka aku sudah macam orang yang separuh nazak. Lucu rasanya apabila ada waktunya aku pula yang terpaksa menenangkan En. Shah apabila dia tidak putus-putus mengomel semasa majlis penyerahan cenderahati dan hadiah berlangsung yang sememangnya tidak cukup raptai itu. Akhirnya malam penuh sejarah itu tamat dengan kejayaan besar kami semua. Sangat gembira dan lega! Ada juga beberapa kenalan yang mengucapkan tahniah dan memuji-muji. Tidaklah seramai mana tetapi cukup memberikan semangat untuk aku terus berdiri teguh. Aku juga lebih selesa berprofil rendah, lagipun aku bukanlah pengarah program. Apa yang penting aku puas! Puas sangat-sangat! Puas tidak terhingga!
 
posted by Ahmad Kamarulzaman ¤ Permalink ¤ 0 comments
Tuesday, July 25, 2006,2:00:00 AM
Setahun Sudah Berlalu
Setahun tidak menulis dan blog ini semakin sunyi, sepi dan khali. Tiada yang menyinggahi dan tiada siapa yang ambil peduli. Beta sangat sibuk. Assignment berlambak-lambak dan event sana sini. Memang tidak menang tangan. Jadi, blog ni pun terabailah. Apa yang penting, Beta membawa pelbagai kenangan indah lagi mengagumkan. Canvas 4’x4’, Nikon D50, Cameron Highlands, Malam Gemerlapan Aidilfitri 1426, Airbus A300, Zoo Negara, Art Market, Authentic Rajawali, Festival Pantun Piala Canselor MMU Melaka, MMU Open Day 2006, MMU Awards 2006, Video Clip Hidup-hidup Ditipu KRU, CCIP 2006, Sculpture Bird of Paradise, Self-potrait, Mambo dan macam-macam lagi memberi suatu pengalaman dan inspirasi baru untuk aku terus menjalani hidup. Harap-harap Gamma memberi sinar yang lebih terang dan mendamaikan.

Hampir tiga tahun aku di bumi Cyberjaya dan kini aku telah pun berusia 20 tahun. Tiada lagi angka satu di hadapan umur aku. Haih, perjalanan ini masih jauh dan sejauh mana aku harus melangkah aku sendiri tidak pasti. Sekarang sudah masuk tahun kedua, Gamma. Majoring pun sudah bermula. Pada awalnya seakan tersilap memilih majoring walaupun ketika mendaftar sebagai pelajar FCM ketika Alpha lagi aku sudah berangan mengambil degree dalam majoring ini. Sebagai seorang yang tidak gemar berkata-kata di hadapan khalayak (especially in English), aku rasa sangat terbeban dengan suasana baru ini. Hampir setiap kelas ada presentation. Aku jadi bosan! Namun, kebimbangan itu tidak terjalar dan terus melingkar menjerat diriku. Apabila assignment bermula, aku berasa ada sinar baru dalam meneruskan perjalanan ini. Assignment pertama kami perlu mempromosi diri sendiri untuk mendapat tempat 10 teratas dalam MI Gamma 07/08. Macam ada yang tidak kena, idea aku makin kontang. Teknikal mungkin semakin meningkat tapi macam tidak ada sentuhan istimewa. Macam sudah hilang ‘sense of design’ yang Che Mat cakap ada dalam diri aku dahulu. Hurm, tak tau la kenapa.
 
posted by Ahmad Kamarulzaman ¤ Permalink ¤ 0 comments
Monday, July 25, 2005,2:00:00 AM
Penatnya!
Akhirnya bertemu juga dengan Che Mat. Nama yang sudah didengar sejak Orientastion Week lagi. Hebat! Pada mulanya Che Mat nampak tenang dan tidaklah garang sangat. Kelas pun bermula dengan agak perlahan bersama beberapa arahan melakukan kerja-kerja ringan. Ringan ke? Pada mulanya kami tertanya-tanya apakah yang sebenarnya Che Mat mahu kami buat ini? Hanya kira-kira minggu ke empat Che Mat mula memberi kerja dengan saiz yang agak besar. 4 kaki x 4 kaki! Wah, gila besar! Patutlah Che Mat menyuruh kami menyelidik asal-usul dan susur-galur keturunan dan juga tentang diri sendiri kerana perkara-perkara tersebut ada kena mengena dengan Major Project trimester ini. Di atas 48 inci kali 48 inci kertas mahjung dan marker hitam, kami melakar simbolik keturunan dan diri sendiri sebagai mematuhi arahan Che Mat. Aku menggunakan perlambangan mata sebagai medium menggantikan diri dan keturunanku. Bagi aku, mata adalah deria yang paling aku sayang. Tanpa mata, hancurlah hidup ini. Sangat mengejutkan apabila di dalam kelas, Che Mat mengiktiraf hasil kerja aku antara empat yang terbaik. Ditampal pula di dinding dan dilihat oleh seluruh kelas. Wow! Bangga! Minggu berikutnya. Che Mat berkehendakkan satu lagi lakaran yang sama seperti minggu sebelumnya. Aku menghasilkan kerja dengan penuh tekanan mengenangkan reputasi yang telah diperolehi sebelum ini. Kali ini aku menjadikan nama aku sendiri, KAMARUL sebagai blok-blok bangunan dan didalamnya terdapat unsur-unsur melambangkan aku dan keturunanku. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya gerimis menoda tengahari. Che Mat telah menghalau ¾ kelas pada minggu ini kerana hasil kerja tidak mencapai tahap yang dikehendakinya. Daripada ¾ kelas itu, aku adalah salah seorang daripada mereka. Hancur luluhlah hati ini, mengenang nasib yang menimpa diri. Tetapi hidup terus juga berlangsung. Minggu seterusnya kami perlu menambah tiga lagi lakaran dan kali ini Che Mat melihat hasil kerja seorang demi seorang dan memberi komen. Che Mat berkata “You have a sense of design!” apabila melihat hasil-hasil kerja aku. Hati ini kembali berbunga namun masih ada rasa hati-hati kerana kemahuan dia seringkali berubah. Lagi sekali kami terpaksa menghasilkan tiga lakaran daripada satu yang telah dipilih minggu lepas. Namun, minggu ini consultation tanpa Che Mat dan kami terpaksa beratur panjang di luar studio kerana sesi berjalan secara individu. Hampir ke pukul tujuh petang baru aku sempat bertemu dengan salah seorang lecturer iaitu Puan Sri yang akan memilih satu rekaan yang terbaik untuk Colour Studies nanti. Komennya agak menyakitkan juga. Betul ke aku Self Obsess? Apa-apa sajalah. Minggu hadapan adalah cuti pertengahan trimester dan Che Mat sudah meminta kami membayar duit kanvas untuk Final Project sebanyak RM88. Ya Allah, habis duit! Kami juga akan ke Cameron Highland tidak lama lagi. Sememangnya kelas MDP tidak boleh dilupakan. Bersama berkeping-keping kertas mahjung yang sudah memenuhi bilik dan tidak kurang juga marker hitam yang sudah mampu mewujudkan galerinya sendiri, suku pertama trimester ini amat memenatkan. Namun, ada juga kenangan-kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Aku dipilih sebagai Best RMMU Malay DJ oleh RMMU baru-baru ini. Alhamdulillah, tidak sangka sebenarnya. Namun, selepas melalui saat-saat getir dalam RMMU, berjaya juga aku membuktikan sesuatu. Aku juga terpaksa berbelanja untuk mendapatkan kamera untuk kelas fotografi. RM 3950. Itulah harga kamera digital SLR Nikon D50 yang aku beli di BB Plaza. Banyak sungguh duit yang telah dibelanjakan. Tidak tahu pulangannya setimpal atau tidak. Bermain dengan kamera mahal memang sangat seronok. Aku suka sangat!
 
posted by Ahmad Kamarulzaman ¤ Permalink ¤ 0 comments