Monday, July 25, 2005,2:00:00 AM
Penatnya!
Akhirnya bertemu juga dengan Che Mat. Nama yang sudah didengar sejak Orientastion Week lagi. Hebat! Pada mulanya Che Mat nampak tenang dan tidaklah garang sangat. Kelas pun bermula dengan agak perlahan bersama beberapa arahan melakukan kerja-kerja ringan. Ringan ke? Pada mulanya kami tertanya-tanya apakah yang sebenarnya Che Mat mahu kami buat ini? Hanya kira-kira minggu ke empat Che Mat mula memberi kerja dengan saiz yang agak besar. 4 kaki x 4 kaki! Wah, gila besar! Patutlah Che Mat menyuruh kami menyelidik asal-usul dan susur-galur keturunan dan juga tentang diri sendiri kerana perkara-perkara tersebut ada kena mengena dengan Major Project trimester ini. Di atas 48 inci kali 48 inci kertas mahjung dan marker hitam, kami melakar simbolik keturunan dan diri sendiri sebagai mematuhi arahan Che Mat. Aku menggunakan perlambangan mata sebagai medium menggantikan diri dan keturunanku. Bagi aku, mata adalah deria yang paling aku sayang. Tanpa mata, hancurlah hidup ini. Sangat mengejutkan apabila di dalam kelas, Che Mat mengiktiraf hasil kerja aku antara empat yang terbaik. Ditampal pula di dinding dan dilihat oleh seluruh kelas. Wow! Bangga! Minggu berikutnya. Che Mat berkehendakkan satu lagi lakaran yang sama seperti minggu sebelumnya. Aku menghasilkan kerja dengan penuh tekanan mengenangkan reputasi yang telah diperolehi sebelum ini. Kali ini aku menjadikan nama aku sendiri, KAMARUL sebagai blok-blok bangunan dan didalamnya terdapat unsur-unsur melambangkan aku dan keturunanku. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya gerimis menoda tengahari. Che Mat telah menghalau ¾ kelas pada minggu ini kerana hasil kerja tidak mencapai tahap yang dikehendakinya. Daripada ¾ kelas itu, aku adalah salah seorang daripada mereka. Hancur luluhlah hati ini, mengenang nasib yang menimpa diri. Tetapi hidup terus juga berlangsung. Minggu seterusnya kami perlu menambah tiga lagi lakaran dan kali ini Che Mat melihat hasil kerja seorang demi seorang dan memberi komen. Che Mat berkata “You have a sense of design!” apabila melihat hasil-hasil kerja aku. Hati ini kembali berbunga namun masih ada rasa hati-hati kerana kemahuan dia seringkali berubah. Lagi sekali kami terpaksa menghasilkan tiga lakaran daripada satu yang telah dipilih minggu lepas. Namun, minggu ini consultation tanpa Che Mat dan kami terpaksa beratur panjang di luar studio kerana sesi berjalan secara individu. Hampir ke pukul tujuh petang baru aku sempat bertemu dengan salah seorang lecturer iaitu Puan Sri yang akan memilih satu rekaan yang terbaik untuk Colour Studies nanti. Komennya agak menyakitkan juga. Betul ke aku Self Obsess? Apa-apa sajalah. Minggu hadapan adalah cuti pertengahan trimester dan Che Mat sudah meminta kami membayar duit kanvas untuk Final Project sebanyak RM88. Ya Allah, habis duit! Kami juga akan ke Cameron Highland tidak lama lagi. Sememangnya kelas MDP tidak boleh dilupakan. Bersama berkeping-keping kertas mahjung yang sudah memenuhi bilik dan tidak kurang juga marker hitam yang sudah mampu mewujudkan galerinya sendiri, suku pertama trimester ini amat memenatkan. Namun, ada juga kenangan-kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Aku dipilih sebagai Best RMMU Malay DJ oleh RMMU baru-baru ini. Alhamdulillah, tidak sangka sebenarnya. Namun, selepas melalui saat-saat getir dalam RMMU, berjaya juga aku membuktikan sesuatu. Aku juga terpaksa berbelanja untuk mendapatkan kamera untuk kelas fotografi. RM 3950. Itulah harga kamera digital SLR Nikon D50 yang aku beli di BB Plaza. Banyak sungguh duit yang telah dibelanjakan. Tidak tahu pulangannya setimpal atau tidak. Bermain dengan kamera mahal memang sangat seronok. Aku suka sangat!
 
posted by Ahmad Kamarulzaman ¤ Permalink ¤


0 Comments: